Tech

Industri perabot Malaysia catat rekod jualan RM205.8 juta di INDEX Saudi Arabia 2025

Sep 23, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

INDEX Saudi Arabia 2025 menyaksikan 14 syarikat negara mengambil bahagian di bawah koordinasi MATRADE

RIYADH,22 September - Industri perabot dan reka bentuk dalaman Malaysia mencatat kejayaan membanggakan di INDEX Saudi Arabia 2025,dengan nilai jualan mencecah RM205.83 juta,melepasi sasaran RM200 juta meskipun berdepan ketidaktentuan global.

Pameran yang berlangsung dari 9 hingga 11 September di Riyadh Front Exhibition & Conference Centre menyaksikan 14 syarikat negara mengambil bahagian di bawah koordinasi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE),dengan enam daripadanya dipamerkan secara langsung.

Menurut MATRADE,daripada jumlah itu,RM14.6 juta merupakan jualan segera manakala RM191.2 juta adalah potensi jualan,selain menerima 721 pertanyaan dagangan.

Pencapaian itu mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemain utama di pasaran Timur Tengah,selari pertumbuhan pesat Arab Saudi di bawah Visi 2030 serta persiapan Piala Dunia FIFA 2034.

Eksport perabot Malaysia ke Arab Saudi turut menunjukkan prestasi kukuh,dengan nilai RM119.7 juta direkodkan bagi tujuh bulan pertama 2025,meningkat 16.6% berbanding tahun lalu.

Pengarah Seksyen Gaya Hidup & Sains MATRADE,Khairul Nizam Moonier,menyifatkan penyertaan kali kedua ini sebagai kejayaan besar hasil pameran produk berkualiti tinggi dan lokasi strategik pavilion Malaysia.